Zon Sentral: Peluang Terakhir untuk ke Grand Finals

Sekali lagi, peminat futsal dari seluruh Malaysia turun ke padang dan bertarung demi mendapatkan tempat di Grand Finals. Kali ini, kita menyaksikan ratusan pasukan beraksi di KSL Futsal Sports Centre pada 16 dan 17 November.

Hari Pertama

Antara kebanyakan pasukan yang bertanding, TOT FC berjaya merangkul tempat pertama untuk kategori lelaki Raja Futsal zon sentral (hari pertama) manakala kategori perempuan dimenangi oleh Yang Titans.

Juara Raja Futsal Zon Sentral 2019 Hari Pertama Cawangan Lelaki: Tot United A (Kiri) dengan naib-juara TGRG (Kanan)

“Kami merasa kami adalah terbaik kerana berjaya menewaskan semua pasukan yang bertarung di Kuala Lumpur!” kata Amir Haziq, ketua pasukan TOT FC. Beliau juga menyatakan bahawa kemenangan bukan sahaja terletak pada kecergasan fizikal, tetapi juga pada skil dan strategi permainan.

Juara Raja Futsal Zon Sentral Hari Pertama Cawangan Wanita: Yang Titans

Kapten pasukan Yang Titans, Shivon Ng berkongsi kegembiraan pasukan beliau. “Kami bertarung di beberapa pertandingan kecil dan friendlies sebagai persiapan untuk Raja Futsal,”. Beliau juga berkata setiap pasukan yang bertarung di Raja Futsal kali ini berkemahiran tinggi dan mempunyai rasa hormat yang tinggi antara satu sama lain.

Hari Kedua

Juara Raja Futsal Zon Sentral 2019 Hari Kedua Cawangan Lelaki: ZM FT

Hari kedua ternyata tidak semudah yang dijangkakan. Pasukan ZM FT B berjaya merangkul juara hari kedua dengan skor 3-1 menentang pasukan 9 One T. Pasukan ZM FT B berkongsi rasa gembira untuk bertarung di Grand Finals.

Pertandingan Raja Futsal kini di penghujungnya! Terus ikuti kami untuk Grand Finals Raja Futsal!