Perlawanan pusingan kelayakan Raja Futsal di Sarawak tahun ini menyaksikan nombor pasukan tidak terbilang bertarung untuk peluang memenangi RM100,000! Walaupun lokasi hampir banjir akibat hujan yang lebat, namun ia tidak mematahkan semangat pemain-pemain pada hari itu.

Pusingan di Sarawak berakhir dengan pasukan KTT FT Sr. yang telah berjaya mendapat tempat pertama diikuti KTT FT Jr. yang juga merupakan ahli keluarga KTT FT Family. Perlawanan antara “adik-beradik” tamat dengan skor 1-0, apabila pasukan Sr. menjaringkan gol pada saat terakhir.

Johan Raja Futsal Sarawak 2019 Kategori Lelaki, KTT FT SNR (Kanan) dengan naib-johan KTT FT JR (Kiri)

Ketua pasukan KTT FT Sr., Faizal meluahkan rasa syukur dan tidak percaya pasukannya berjaya untuk membawa nama Sarawak di Grand Finals, yang juga merupakan cita-cita pasukan tersebut.

Johan Raja Futsal Sarawak 2019 Kategori Wanita: Tidal Bored

Bagi kategori perempuan pula, Tidal Bored berjaya meraih juara diikuti Emmanuel United FC dalam perlawanan yang sangat sengit. Perlawanan berakhir dengan skor 3-2.

Hanya dua lagi zon yang akan merebut tempat di Grand Final! Masih belum terlambat untuk mendaftar pasukan anda untuk peluang memenangi RM100,000! Daftar sekarang!