Sabah 2019: Cabaran ketahanan Fizikal dan Mental

Suasana kali ini hangat dengan ratusan pasukan yang datang bertarung untuk merebut tempat pertama Raja Futsal peringkat zon Sabah di Yayasan Sabah Futsal Court, seterusnya mara untuk memenang hadiah utama RM100,000 di Grand Final.

Perlawanan peringkat zon Sabah diakhiri dengan pasukan Sainbara FT yang berjaya meraih tempat pertama menentang Sri Aman (juara Raja Futsal Sabah 2018) 2-1. Raja Futsal juga menyaksikan juara pasukan wanitanya yang pertama iaitu DBKK.

Johan Pasukan Lelaki Raja Futsal Sabah 2019: DBKK: Sainbara FT

Kapten Sainbara FT berkongsi pengalaman mereka yang agak sukar kerana mereka hanya dapat membuat persediaan seminggu sebelum perlawanan. Beliau juga menyatakan bahawa menentang pasukan-pasukan yang hebat di saringan ini mencabar fizikal dan mental, terutama pasukan Sri Aman. Walaubagaimanapun, hal itu tidak melemahkan semangat mereka untuk terus berjuang mendapat gelaran Raja Futsal.

Johan Pasukan Perempuan Raja Futsal Sabah 2019: DBKK

Kapten pasukan DBKK, Lovella juga menyatakan perlawanan pada hari tersebut tidak mudah. Namun, dengan semangat serta latihan fizikal dan mental yang dilalui sebelum hari perlawanan adalah cukup untuk memberi kemenangan bagi mereka.

Ingin menyertai Raja Futsal dan berpeluang untuk memenangi RM100,000? Daftar team anda sekarang!