Raja Futsal Zon Utara Lebih Sengit

Hari Pertama

Raja Futsal Zon Utara Hari Pertama

Raja Futsal kini di pertengahan pusingan kelayakannya! Dan setiap perlawanan pasti menyaksikan pasukan-pasukan membawa semangat yang kental untuk terus merebut gelaran Raja Futsal 2019 tahun ini. Dalam masa dua hari, banyak pasukan dari serata Malaysia bertarung untuk mara ke Grand Final.

 

Juara Raja Futsal Zon Utara 2019 Hari 1: SS Tatico Five

Pasukan SS Tatico Five berjaya muncul sebagai juara pusingan kelayakan setelah menentang dengan banyak pasukan. Ketua pasukan Abdul Fakhrul Akram mengaku kemenangan mereka tidak dijangka kerana terdapat pemain-pemain hebat yang hadir ke perlawanan tersebut. Namun, untuk persediaan ke acara Grand Final, beliau berkata pasukannya perlu memberi 200% komitmen di latihan akan datang.

Hari Kedua

Hari kedua dia Kedah lebih meriah apabila banyak pasukan daripada serata hadir untuk merebut tempat ke Grand Final. Kejohanan futsal wanita bagi zon utara juga berlangsung pada hari tersebut. Pasukan MYG FC (kategori lelaki) dan ZM FT (kategori perempuan) telah berjaya mendapat tempat pertama di kategori masing-masing.

Juara Raja Futsal Zon Utara 2019 Hari Kedua MYG FC (kanan) dengan naib johan, LUPK TOT FC (kiri).

“Terima kasih kepada Digi kerana menganjurkan Raja Futsal” kata Mohd Redzuan, ketua pasukan MYG FC ketika ditemu bual. Dalam persediaan untuk ke Grand Finals di Kuala Lumpur, Mohd Redzuan menyatakan mereka akan mempelbagaikan skil dan latihan. Pasukan tersebut juga mengucapkan tahniah kepada semua pemain dengan harapan untuk bertemu dengan mereka di perlawanan-perlawanan akan datang.

Juara Raja Futsal Zon Utara 2019 Cawangan Perempuan, ZM FT (kanan) dengan naib johan, Sanjos FT (kiri).

ZM FT tidak dapat menahan rasa gembira dan tidak percaya apabila muncul sebagai juara kategori perempuan Raja Futsal zon utara. Semangat kesukanan juga diserlahkan antara ZM FT dan pasukan-pasukan lain yang turut menjayakan perlawanan kali ini.

Ingin memenangi RM100,000? Daftar pasukan futsal anda sekarang!