Kehangatan Kini Makin Terasa

Hari Pertama

Cuaca panas tidak menjadi penghalang kepada ratusan pasukan yang hadir untuk mengambil bahagian di Raja Futsal 2019 Zon Selatan. Pasukan yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia telah turun ke Futsal Prima Court, Johor Bahru untuk berentap ke pahlawanan akhir untuk memenangi wang tunai sebanyak RM100,000.

Johan Hari Pertama Raja Futsal Zon Selatan 2019 Kategory Lelaki: Canaan FT

Kisshaen, Ketua Pasukan Canaan FT mengatakan bahawa pasukannya amat teruja apabila mereka berjaya menempuh kedudukan ke peringkat akhir Raja Futsal 2019. Kisshaen turut kongsi, bahawa setiap pengalaman daripada pertempuran bersama kumpulan yang kuat bakal dijadikan sebagai persediaan buat mereka untuk ke Grand Final.

Johan Hari Pertama Raja Futsal Zon Selatan 2019 Kategory Wanita: PBFC

Pasukan PBFC berjaya mara ke peringkat akhir dalam kategori wanita selepas beraksi di pertempuran Zon Selatan Raja Futsal 2019. Wajah kegembiraan tak dapat diungkapkan oleh ketua pasukan Shahidah, apabila mereka berjaya dinobatkan gelaran juara ditempat asal mereka itu sendiri. Beliau juga berkata “Pasukan PBFC berharap semua orang dapat mengekalkan semangat serta kami bersedia untuk beraksi kembali bersama yang lain”.

Hari Kedua

Johan Hari Kedua Raja Futsal Zon Selatan 2019 Kategory Lelaki: Ale – Ale FT

Bagi hari kedua, kini giliran Ale-Ale FC memegang gelaran sebagai juara Zon Selatan Raja Futsal 2019. Buat mereka, kunci kejayaan pasukan Ale-Ale FC bukan sahaja terletak pada usaha dan latihan namun ia terletak pada kepercayaan sebagai sebuah pasukan. Ketua pasukan, Norikhmal turut berkata bahawa pertempuran bersama pasukan yang dikenali ramai bukanlah satu perkara yang mudah, namun beliau gembira apabila mereka berjaya bergelar Juara.

Hanya satu lagi zon sebelum ke Perlawan Akhir Raja Futsal 2019! Ayuh daftar sekarang untuk menangi wang tunai sebanyak RM100,000 di sini.