Minggu lepas, Raja Futsal menyaksikan pemenang baru! Tahniah kepada pasukan Tot United C yang telah dinobatkan juara Raja Futsal 2019 dan membawa pulang hadiah utama RM100,000!

 

Perlawanan akhir menyaksikan pertarungan yang sengit dan penuh debaran di antara Tot United C dan naib juara Dani FC, yang berakhir dengan skor 2-0. 

Johan Raja Futsal 2019: Tot United C

Kapten pasukan Tot United FC, Sheqal bin Salim menyatakan mereka seakan tidak percaya dengan kemenangan tersebut. “Kami bersyukur ke hadrat Ilahi atas keputusan ini. Pasukan kami telah berusaha dan bekerja keras untuk terus menang,” kata Sheqal. Pasukan tersebut jugak menyatakan walaupun perlawanan semakin sukar namun mereka berpuas hati dengan hasil dari latihan yang telah dijalani.

 

Jika anda terlepas adengan Grand Final Raja Futsal 2019, ikuti recap kami!

Tahun ini, banyak pasukan mengembara ke seluruh Malaysia untuk bertarung demi memenangi gelaran Raja Futsal 2019 serta hadiah utama RM100,000.

Setelah bertarung antara satu sama lain, hanya 24 pasukan sahaja mendapat tempat untuk meneruskan perjuangan di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam pada 30 November 2019.

 

Penonton juga menyaksikan perlawanan friendly antara pasukan Superlawak FC dan bekas pemain-pemain negara seperti Azman Adnan, Mubin Mokhtar dan ramai lagi. Artis ternama tanahair Sham Visa dan Zizi Kirana turut memeriahkan lagi acara dengan persembahan padu mereka. 

 

Selain itu, juara dan naib juara Raja Futsal 2018, Mozai FT dan Sri Aman juga kembali untuk merebut hadiah utama, namun tidak berjaya untuk mara ke perlawanan akhir. 

Juara Raja Futsal 2019: Tot United FC

Naib Juara Raja Futsal 2019: Dani FC

Ketiga Bersama Raja Futsal 2019: Era Vengers

Ketiga Bersama Raja Futsal 2019: Ale-Ale FC

Tahniah diucapkan kepada Raja Futsal 2019 dan semua peserta. Jumpa anda lagi!