Walaupun hari panas dan berjerebu, banyak pasukan futsal berkumpul untuk bertarung di Arena Raja Futsal, dengan harapan akan layak memenangi hadiah utama RM100,000 di Grand Final.

Mozai FT – Johan Raja Futsal 2019 Zon Pantai Timur

 

Juara Raja Futsal 2018, Mozai FT membuktikan pasukan mereka masih antara yang terbaik apabila mereka layak ke Grand Final dengan mendapat tempat pertama di peringkat kelayakan Pantai Timur.

Ketika ditemu bual, Mozai FT mengaku walaupun pasukan mereka terdiri dari pemain-pemain yang sudah berumur, mereka gembira kerana merasakan tuah menyebelahi mereka. Mereka juga menyatakan komitment sewaktu sesi latihan juga memain peranan besar atas kemenangan mereka kali ini.

 

Raja Futsal juga membawa kelainan pada tahun ini dengan membuka peluang untuk pasukan-pasukan wanita bertarung di medan futsal. Killa FT berjaya meraih johan dan merupakan pasukan futsal wanita yang pertama yang memenangi kategori wanita peringkat zon.

 

Killa FT – Johan Raja Futsal 2019 Kategori Wanita Zon Pantai Timur

 

Killa FT juga sempat berkongsi rahsia kemenangan mereka. Mereka menyatakan bahawa kepercayaan dan rasa hormat terhadap setiap individu adalah penting untuk mengukuhkan lagi pasukan. Mereka juga percaya tak kira apa pun situasi, setiap pemain haruslah terus memberi semangat dan menyokong antara satu sama lain. Di penghujung temu bual bersama Killa FT, pasukan tersebut meluahkan rasa gembira apabila mengetahui Raja Futsal kali ini mengadakan perlawanan kategori wanita. Mereka menggalakkan ramai lagi kaum wanita untuk terus menyertai pasukan futsal untuk menunjukkan bakat mereka.

Ingin menyertai Raja Futsal dan berpeluang untuk memenangi RM100,000? Daftar team anda sekarang!