Hadiah Raja Futsal 2019
Peringkat Terakhir (Grand Final)
- Juara: RM100,000 + Pingat + Barangan Penaja
- Naib Juara: RM20,000 + Pingat + Barangan Penaja
- Ketiga Bersama: RM2,500 + Pingat + Barangan Penaja
Peringkat Zon
- Juara: RM1,000 + (bonus) RM2000 + Pingat + Barangan Penaja
- Najib Juara: RM400 + (bonus) RM600 + Pingat + Barangan Penaja
- Ketiga: RM200 + (bonus) RM300 + Pingat + Barangan Penaja
Hadiah Pertandingan Futsal Wanita
- Juara: RM 1,000 + Pingat + Barangan Penaja
- Naib Juara: Pingat + Barangan Penaja
- Ketiga Bersama: Pingat + Barangan Penaja
Pasukan
Semua pemain diwajibkan membawa MyKad asal dan berdaftar dengan pihak penganjur pada hari pertandingan. Semua permain diwajibkan hadir di lokasi pertandingan pada pukul 8 pagi.
Format
Saingan pusingan awal adalah mengikut format liga (3) pasukan (1) kumpulan. (2) pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Pusingan kedua akan dijalankan secara kalah singkir.
Tempoh Masa
Tempoh masa perlawanan adalah 10 minit.
Mata Seri di Pusingan Awal
Sekiranya pasukan mempunyai mata yang sama, system perbezaan jaringan akan digunapakai (jaringan tolak bolos). Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai kelebihan jaringan gol akan diisytiharkan pemenang. Jika masih seri, sepakan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
Mata Seri di Pusingan Kalah-Mati
Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai mata yang sama selepas masa tamat, sepakan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
Penjaga Gol
Penjaga gol tidak boleh menyentuh kembali bola sekiranya hantaran dilakukan rakannya tanpa disentuh pihak lawan.
Etika Pakaian
Pakaian sopan (tidak mengandungi perkara-perkara yang menyentuh kepada aspek-aspek agama, bahasa kasar, gambar-gambar lucah, dan sebagainya). Stokin dan pelindung lutut (shin pads) hendaklah dipakai oleh setiap pemain.
Topi atau/dan pakaian kepala yang tiada berkaitan dengan agama atau sebab-sebab kesihatan tidak dibenarkan dipakai semasa bermain.
Kasut
Kasut ‘non-marking’ yang sesuai untuk gelanggang futsal hendaklah dipakai semasa bermain.
Pihak Penganjur
Penganjur berhak menggunakan budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan mana-mana pasukan atau pemain yang didapati atau disyaki melakukan aktiviti penipuan dan penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pasukan atau pemain tersebut.