Sarawak 2018

Raja Futsal kali ini singgah di Kuching, Sarawak, di mana saringan ini menyaksikan ZYZ FC (A) berjaya menundukkan MYG. 3 gol berbalas 2 melalui sepakan penalti, setelah seri 1-1 di pusingan akhir.

Sebanyak 35 pasukan mendaftar diri mereka di saringan ini, yang bertempat di Arena Sukan, Kuching, Sarawak.

ZYZ FC (A), dengan stail permainan mereka yang bertenaga dan penuh bersemangat berjaya mengalahkan pasukan-pasukan lain di pusingan kelayakan dengan amat mudah. Ini tidak berubah di pusingan separuh akhir, di mana Lagendary’s, satu lagi pasukan lokal gagal membolos satu pun gol dan kalah 3-0.

Buku hanyalah bertemu ruas di pusingan akhir, apabila MYG berjaya memberi saingan kental dan mengejutkan ZYZ FC (A) dengan gol pertama di perlawanan akhir. Namun begitu, ZYZ FC (A) sempat menjaringkan gol untuk memastikan perlawanan ini bersambung dengan pusingan penalti. Kelelahan MYG akhirnya menjadi faktor penting kerana mereka akhirnya kalah 3-2.

MYG, sebagai finalis, berjaya mengalahkan KBU FC 4-2 di dalam kenduri gol pada pusingan separuh akhir.

Dengan ini, ZYZ FC (A) dan MYG mendapat tempat di Grand Final nanti, di mana mereka berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah RM100,000.

Kalau anda berminat, apa tunggu lagi? Jom daftar pasukan anda dan tunjukkanlah taringmu!

Perlawanan

Juara : ZYZ FC (A)
Finalis : MYG