Sabah 2018

Syabas kepada Sri Aman FC yang turun daripada Tawau kerana menjuarai saringan Raja Futsal di Sabah!

Setelah bertarung dengan 41 pasukan lain yang menyertai saringan Raja Futsal kali ini di Juara Futsal Arena, Putatan, Sabah, mereka berjaya menewaskan Pak Belalang 1 gol kepada 0 untuk dinobatkan sebagai johan.

Pak Belalang , pasukan yang berasal daripada Sandakan menang tipis 1-0 MYG Sabah FC (A) di pusingan separuh akhir yang menyaksikan pasukan-pasukan yang layak menunjukkan kesungguhan dalam mempertahankan bola.

Permainan separuh akhir yang lain menyaksikan Sri Aman FCmenumpaskan Lollita FT 2- 1.

Dengan ini, Sri Aman FC dan Pak Belalang akan mewakili Sabah di Grand Finals kejohanan Raja Futsal Malaysia 20 November nanti, dan berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak RM100,000.

Kalau anda berminat, apa tunggu lagi? Jom daftar pasukan anda dan tunjukkanlah taringmu!

With their stellar performances, Sri Aman FC and Pak Belalang will represent Sabah in the upcoming Raja Futsal Grand Finals, and stand to win RM100,000.

Perlawanan

Juara : SRI AMAN FC
Finalis : PAK BELALANG