Negeri Sembilan 2018

Sekalung tahniah diucapkan kepada ZM FT, pasukan daripada Selangor kerana berjaya memenangi saringan Raja Futsal di Negeri Sembilan!

Pada hari Ahad di Ultimate SportHaus, Nilai, Negeri Sembilan, ZM FTterpaksa mengharungi bahang matahari yang terik dan cabaran daripada 90 pasukan futsal yang menyertai saringan Raja Futsal kali ini sebelum menundukkan TJJ FC 3 gol kepada 0 melalui sepakan penalti untuk memenangi saringan ini, dan melayakkan mereka di Grand Final nanti.

Di pusingan separuh akhir, ZM FT , pasukan yang berasal daripada Selangor menyahut cabaran SS Five Johor (B) dan berjaya membolos gawang gol mereka tiga kali tanpa balas.

Permainan separuh akhir yang lain menyaksikan MYG FC (A) tewas 2-0 kepada TJJ FC.

Dengan persembahan mereka, ZM FT dan TJJ FC akan mewakili Negeri Sembilan di Grand Finals kejohanan Raja Futsal Malaysia 20 November nanti, dan berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak RM100,000.

Matches

Champion : ZM FT
Finalist : TJJ FC