Melaka 2018

Pusingan kelayakan Raja Futsal peringkat negeri kali ini bertempat di Melaka, di mana Bertam Ulu berjaya menjuarai saringan ini tanpa menghiraukan bagaimana untuk mempertahankan gawang gol mereka. Sebaliknya, stail permainan pasukan ini menyaksikan mereka menjaringkan sebanyak goal yang mungkin sebelum wisel tamat permainan berbunyi.

Kejuaraan ini bertempat di Sports Planet Futsal di Cheng, Melaka. Cuaca yang kurang memuaskan tidak dapat menghalang sebanyak 58 pasukan dari pelbagai pelusuk Melaka dan negeri lain untuk meredah hujan dan manyertai saringan ini.

Cuaca yang lebih sejuk mungkin membantu pasukan-pasukan yang bertanding kali ini untuk bermain dengan lebih selesa, berbanding saringan negeri lain yang bertempat di hari yang amat panas. Ini membolehkan mereka bermain dengan taktik yang lebih pantas, dan menyerang pasukan lain dengan mudah.

Sebagai Juara, Bertam Ulu(A) berjaya membolosi gawang Shin Chan FC empat kali di dalam perlawanan akhir yang paling seronok daripada perspektif penonton dan penyorak neutral. Namun begitu, Shin Chan FC juga dapat membalas dengan tiga jaringan, dan permainan ini hanyalah dimenangi oleh Bertam Ulu di saat-saat yang paling akhir.

Corak permainan Bertam Ulu yang gila menyerang menyaksikan mereka menewaskan Arena FM 2-1 di pusingan Separuh Akhir.

Naib juara Shin Chan FC lebih mengutamakan corak permainan yang lebih seimbang, dan mengambil masa di garis pertahanan untuk menyimpan tenaga mereka untuk pusingan-pusingan selanjutnya. Di pusingan separuh akhir, pasukan ini mengalahkan Sri Iqra 2-1 dengan melambatkan tempo mereka sebaik sahaja gol telah dijaringkan.

Saringan Raja Futsal di Melaka ini melihatkan Bertam Ulu dan Shin Chan FC menempah tempat masing-masing di Pusingan Akhir nanti, dan berpeluang memenangi RM100,000 sebagai Juara keseluruhan.

Jika anda berminat, tunggu apa lagi? Sila daftar pasukan anda secepat mungkin, dan tunjukkanlah taringmu!

Perlawanan

Juara : Bertam Ulu
Finalis : Shin Chan FC